Merdeka Unity Run Aug 17, 2008

LARIAN PERPADUAN MERDEKA 2008‘PERPADUAN TERAS KEJAYAAN’
PROGRAM
Nama : Larian Perpaduan Merdeka 2008
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan
Tarikh : 17 Ogos 2008 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
ANJURAN
Jawatankuasa Rakyat Bersepadu yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
OBJEKTIF
Memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat sempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-51 tahun;
Meningkatkan perpaduan pelbagai kaum; dan
Menanam semangat kesukarelaan
PENYERTAAN
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Sasaran penyertaan adalah seramai 10,000 orang.
Borang penyertaan boleh diperolehi mulai hari ini (21 Julai 2008) di lokasi berikut:
a) Sekretariat Larian Perpaduan Merdeka 2008 Pejabat F.T.A.A.A. Tingkat 2, Wisma OCM Jalan Hang Jebat 50515 Kuala Lumpur.
b) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Aras 1, Blok E Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana Jalan Dato’ Onn 50515 Kuala Lumpur.
c) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tingkat 24, Menara Tun Ismail Mohamed Ali Jalan Raja Laut 50582 Kuala Lumpur.
d) Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Tingkat 25, Menara Tun Ismail Mohamed Ali Jalan Raja Laut 50582 Kuala Lumpur.
e) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tingkat Bawah, Bangunan LPPKN No. 12B, Jalan Raja Laut Peti Surat 10416 50712 Kuala Lumpur.
f) Institut Sosial Malaysia (ISM) Lot PT 13856. KM. 6 Lebuhraya KL – Seremban Sungai Besi 57100 Kuala Lumpur.
g) Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara- Negara Berkecuali NAM (NIEW) Tingkat 16, Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut 50515 Kuala Lumpur.
h) Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Tingkat 20, Menara Tun Ismail Mohamed Ali Jalan Raja Laut 50582 Kuala Lumpur.
i) Pejabat JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor.
j) Institusi di bawah JKM:
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur = 7 buah
Negeri Selangor = 11 buah
k) Pusat Pentadbiran LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor.
l) Klinik LPPKN di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur = 4 buah Klinik LPPKN di Negeri Selangor = 6 buah
m) Laman web :
www.kpwkm.gov.my
www.jkm.gov.my
www.jpw.gov.my
www.lppkn.gov.my
www.ism.gov.my
www.niew.gov.my
www.ykn.gov.my
Berikut adalah butiran pertandingan yang boleh dimuat turun:
a) Hadiah Wang Tunai & Kategori Hadiah
b) Butiran Pertandingan
c) Borang Penyertaan Individu
d) Borang Penyertaan 3 Generasi/Perpaduan(3 Etnik)
e)Borang Penyertaan Sekolah
Borang photostat turut diterima.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Larian Perpaduan Merdeka 2008, orang ramai boleh menghubungi:
a)Pejabat F.T.A.A.A. – 03-27152843 b)Talian Nur 15999
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 11 Ogos 2008
Penyertaan untuk golongan OKU adalah percuma.
Kategori menarik yang menjadi fokus program ini ialah:
a) OKU berkerusi roda
b) Larian 3 Generasi yang melibatkan penyertaan 3 generasi daripada keluarga yang sama dalam satu pasukan. Contoh: anak perempuan, ayah dan datuk.
c) Larian Perpaduan (3 Etnik) yang melibatkan penyertaan 3 etnik berlainan dalam satu pasukan. Contoh: Melayu (lelaki), Cina (wanita) dan India (wanita).
d) Fun Run merupakan larian bukan pertandingan dan melibatkan pelbagai peringkat komuniti iaitu golongan OKU, individu, pelajar sekolah rendah, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
AKTIVITI SAMPINGAN
Pameran
Karnival Komuniti termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, acara keluarga dan saringan kesihatan.
Persembahan kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Penerangan dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

1 comment:

Unknown said...

As claimed by Stanford Medical, It's indeed the ONLY reason women in this country live 10 years longer and weigh 19 kilos lighter than we do.

(And really, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some secret diet and absolutely EVERYTHING about "HOW" they are eating.)

BTW, What I said is "HOW", and not "what"...

Tap on this link to discover if this little quiz can help you decipher your real weight loss possibility